Powered By Blogger

Wednesday, March 9, 2011

bagaimana pelajar dapat meluahkan perasaan melalui seni


EKSPRESI
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan­akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

i) Bentuk Ekspresi :
(a) Perasaan –
hasil luahan daripada hati

(b) Lisan –
Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat
difahami dengan jelas dan tidak disalah ertikan

(c) Reaksi –
Apabila melihat sesuatu masalah pelajar akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada latihan dan pengalaman yang telah diterima

(d) Emosi –
 menggalakan pelajar untuk menyertai aktiviti­aktiviti permainan supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.  

(e) Bukan Lisan-
 Segala arahan­arahan yang bukan lisan dan gambaran­gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan.

(f)Idea-
Semua idea­idea dan kebolehan menjanan minda ( Kem berfikir ) perlulah digunakan didalam
melaksanakan ekspresi pelajar.



(g)Menggambar-
 Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan pelajar itu mengalihkan tumpuannya kepada kertas yang ada dihadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas.

(h)Menghasilkan- Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar, kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara.

ii) Unsur Perasaan dalam Ekspresi - reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yangn  memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin kepada seseorang. ibu bapa dan guruguru yang menjadi model, penguat kuasa dan penilai terhadap pembenatukan tingkah laku.

iii) Penyampaian yang Berekspresif - guru mahu pun oleh  sekolah perlulah bersifat berekspresif ­ Untuk itu gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap pelajar:

- Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik)
- Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur)
-Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok)
-Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual, kanestetik,         makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan)
-Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, da impulsif atau  reflektif)

iv) Aktiviti - melaksanakan permainan yang bersifat koperatif.